GENERASI BAHASA PENGATURCARAAN

 

Bahasa
pengaturcaraan aras rendah menggunakan bahasa mesin. Contohnya kod binary
0 dan 1 adalah bahasa mesin. 1 merujuk ada isyarat elektrik. 0 tiada isyarat
elektrik.

Dua generasi bahasa
pengturcaraan aras rendah iaitu :

Generasi pertama – guna bahasa mesin.
Menggunakan bahasa mesin komputer akan menjadi lebih laju kerana arahan terus
diproses oleh komputer.

Generasi kedua –
guna Assembly language / bahasa
penghimpun
bahasa penghimpun berbentuk tulisan nota manusia yang boleh
dibaca untuk mengawal operasi komputer yang tertentu.

bahasa penghimpun
menulis arahan menggunakan kod arahan berbentuk simbolik atau singkatan yang
bermakna atau mnemonik. contohnya arahan ADD untuk addition, CMP untuk Compare
dan MUL untuk multiply

Kemudian Assembler atau penghimpun akan menukar
asembly language kepada bahasa mesin sebab komputer hanya faham bahasa mesin
sahaja. Bahasa manusia komputer tidak faham.

Bahasa Pengaturcaraan aras tinggi

Bahasa pengaturcaraan generasi ketiga adalah
bahasa pengaturcaan aras tinggi yang hampir menyerupai bahasa manusia. Contohnya
bahasa pengaturcaraan aras tinggi menggunakan perkataan if, Then,
Print,Else,for, Next, End.

Aturcara yang ditulis dengan bahasa
pengturcaraan aras tinggi perlu diterjemah ke bahasa mesin oleh compiler
(pengkompil) dan interpreter (penterjemah)

Contoh bahasa pengaturcaan
aras tinggi seperti
peringkat awal seperti BASIC,LOGO,smallTalk menggunakan
bahasa prosedur
C,C++,Pascal,JAVA adalah bahasa generasi
seterusnya.

Bahasa generasi keempat – SQL

Bahasa generasi
kelima – PROLOG

Cadangan-benar-pelajar-bawa-alat-ict-ke-sekolah-masih-dikaji

KUCHING: Kementerian Pelajaran masih membuat kajian mendalam mengenai cadangan untuk membenarkan pelajar membawa peralatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) ke sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya masih mendapatkan pandangan semua pihak sama ada cadangan itu dipersetujui ramai atau sebaliknya.

“Ia belum lagi kita laksana- kan, kita masih mendengar dan berinteraksi dengan rakyat…ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dan ini kita buat sampai hujung tahun ini.

“Guru juga mempunyai pandangan berlainan, jadi kita perlu mendapat pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Menteri (Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini cadangan untuk membawa peralatan ICT ke sekolah pada sidang media selepas majlis penyerahan cek bantuan di SJK Chung Hua Batu 10, Kota Padawan dekat sini semalam.

Dr Wee berkata, cadangan untuk membenarkan pelajar membawa peralatan ICT ke sekolah mula timbul setelah kerajaan memperkenalkan penggunaan Internet 4G di seluruh sekolah di negara ini.

“Tahun depan sekolah akan dilengkapkan 4G termasuk persekitaran pembelajaran maya akan diberikan kepada pelajar.

“Dalam konteks itu, mereka akan menggunakan peralatan ICT dan inilah yang kita kena kawal,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kerja- kerja pemasangan Internet 4G itu sudah dimulakan secara berperingkat di 10,000 sekolah di seluruh Malaysia.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/17/cadangan-benar-pelajar-bawa-alat-ict-ke-sekolah-masih-dikaji/#ixzz2B6FfpcwH

By gcs4013 Posted in Berita

Pilihan Masa Depan

Kursus Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) menawarkan Persijilan seperti berikut dengan kelayakan SPM yang minima:

–  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

–  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

–  Sijil Teknologi

Dalam kursus ini, pelajar yang menyertai akan mempelajari pengaturcaraan sistem logik, penterjemahan logik kepada pengkodan, menulis dan menguji pengkodan program, menjalankan aktiviti rutin keselamatan sistem dan membantu dalam pengurusan data. Pelajar akan menyertai latihan ini dalam tempoh 24 bulan. Pelajar yang menjalani kursus ini, berpeluang menjadi Pembantu Pengaturcara Komputer dan pekerjaan lain dalam bidang pengaturcaraan komputer.